***^_^ assalamualaikum. Apa khabar? sihat? kalau tak sihat pergi makan ubat! ***
Haih~ kan seronok kalau hidup kita ni macam novel~ heroin mestilah cantik dan hero mestilah kacak. Ya tak? Dan hero mestilah kaya raya dan heroin cuma orang biasa je~
Memang susahlah nak cari novel yang heroinnya muka dua posen je. Mestilah cute, cantik, menarik, tertarik heroin memang debom!
Well, admin ni memang suka baca novel. Dan setakat ni novel yang paling
admin minat ialah-->
( ini novel first admin) (paling sayang) |
AWAK SUKA SAYA TAK?
SINOPSIS>> Awak Suka
Saya Tak? ialah kisah kasih sayang antara Hilman
Yong, seorang kacukan Korea-Amerika-Cina dan Intan Zulaikha, seorang gadis Melayu. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan
itulah, mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman,
seorang yang baru mengenali Islam, lebih mencintai Islam daripada Intan yang
sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana keakuannya.
Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan
dengan aksinya yang berani, seksi, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar
dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang
hamba Allah yang
penuh kesabaran dan kesopanan.
Akhirnya, Hilman dan Intan berdua bersetuju untuk mengikat
janji bahagia bagi hidup bersama menanti hari untuk disatukan dan digelar suami
isteri. Sayangnya manusia hanya mampu merancang dan Allah yang berhak
menentukan segalanya. Sekali lagi Intan kehilangan Hilman pada saat hari
bahagia mereka. Adakah mereka ada jodoh atau sebaliknya?
|
(memang suka dengan karya akak Evelyn Rose nih) |
13 JAM A380
SINOPSIS>>13 jam di dalam penerbangan ke London
menaiki MAS A380, takdir menemukan HANA SOFEA dan Syed HAYDAR,
jejaka idamannya. Mencipta kenangan terindah di langit biru.Mereka bergelar
kekasih kayangan untuk empat jam, menari tango bersama, menjelajah seluruh
pesawat bersama, merasai enaknya Caramel Latte bersama... Tap i tatkala MAS
A380 mencecah lantai bumi,, segalanya pergi bagai wap di udara.
"Hana,
thank you for last night... but i can't have cocaine all the time."- SYED
HAYDAR
Melihatkan
sendiri kemesraan SYED HAYDAR dan kekasih realitinya, si model
jelita membangkitkanHANA SOFEA daripada mimpi indah.
Di
kota London, A380 juga akhirnya menerbangkan HANA SOFEA kepada FAWWAZ
HUSSAINI, jutawan kacukan Melayu-Inggeris-Arab. Tanpa sebarang sebab,
Emmel, anak angkat Fawwaz menyangkakan Hana Sofea sebagai ibunya.
"My
daughter likes you. If you're willing to let her call you mommy... i will pay
you fifty buck per hour..."-FAWWAZ HUSSAINI
"Dapat
hadiah tak?" -HANA SOFEA
"A
pink Audi TT, is that okay?"-FAWWAZ HUSSAINI
"Saya
nak Audi TT yang latest version aje. yang lain saya tak nak."-HANA
SOFEA
|
(sangat sweet & mendebarkan, jeng.jeng.jeng) |
CHAN RAK TER..AKU CINTA KAMU
(PALING THRILLING)
SINOPSIS>>“Kadangkala kita ingin sekali meneka, menduga dan mengubah suratan yang terhampar di hadapan mata. Namun siapalah kita untuk menolak takdir-Nya yang tidak terduga?”
Antara Dian Damia dan Karn Klaharn, pertemuan mereka yang istimewa melahirkan sebuah persahabatan yang bersulamkan tawa riang, keindahan dan kebahagiaan. Bagi Dian, Karn ialah peneman di bumi asing Thailand. Bagi Karn pula, Dian ialah teman yang menyenangkan hatinya.
Namun siapa sangka satu tragedi akhirnya memusnahkan segala-galanya. Kerana masa yang salah, tempat yang salah dan bersama orang yang salah, Dian akhirnya terjebak dalam satu konspirasi yang tidak pernah langsung terlintas dalam fikiran warasnya.
“You’re more than just Karn Klaharn. Siapa… Siapa sebenarnya awak? Apa awak nak daripada saya? Kenapa saya mesti terbabit dengan semua ini?!” – Dian Damia
Kerana dia, Dian Damia yang menerima akibatnya. Kerana dia, Dian Damia takkan pernah tersenyum lagi. Dan untuk itu, dia akan membetulkan segala-galanya. Walau apa cara sekalipun yang harus dia lakukan, tidak akan sekali-kali dia teragak-agak. Yang penting, Dian harus diselamatkan!
“Izinkan saya jaga awak… Izinkan saya lindungi awak, Dian…” - Karn Klaharn
Dalam usahanya ‘menyelamatkan’ Dian, tanpa sedar hati lelaki Karn Klaharn mula berkocak hebat. Inikah yang dinamakan cinta? Namun bagaimana kalau rasa cinta ini akan membawa Dian ke penghujung nyawanya? Mampukah Karn menyelamatkan pemilik hatinya sebelum segala-galanya terlambat? Apa pula yang akan terjadi tatkala Krissada muncul di antara mereka berdua? Sungguh! Antara cinta dan nyawa, mungkinkah ada yang menjadi korban?
“Tangan ni dah pernah rampas nyawa manusia lain. Dan saya takkan teragak-agak untuk buat perkara yang sama demi Dian Damia.I would do anything for her...”
|
( memang sweet & membri iktibar ^_^) |
THE WEDDING BREAKER
SINOPSIS>>“Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose
Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!
Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.
“What’s so funny?”
“Talking to me?”
“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”
Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!
“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”
“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”
“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”
Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?
“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil
|
(sob..sob..sob, sedih & menyuntik semangat!) |
ANDAI ITU TAKDIRNYA
( NOVEL PALING SEDIH)
SINOPSIS>>Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya. |
"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri."
Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril.
"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."
Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta.
"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji."
Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.
"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika."
Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?
"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris."
Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.
sebenarnya, admin ada banyak koleksi novel, tapi hanya yang ini je lah yang admin PALINGGGG suka~ 5 star admin beri. Jadi admin rekomenkan novel2 kat atas nih~
itu ikut taste admin lah kalau korang admin tak tahu~ ^_^ ~
No comments:
Post a Comment