Assalamualaikum, annionghaseyo, ohio and so on
(Entah kenapa hari ni rasa macam nak menulis pulak~ (*0*)~)
Sedang memabaca novel 13 Jam A380, when suddenly ada satu part tu dia crite tentang fairy tales which Grimm Brothers had collected hanyalah satu penipuan. Mungkin korang2 sume dah tahu, tapi bukan admin!
So, admin pergi cari dekat Encik Google pasal Grimm brothers' uncensored fairy tales story. Banyak cerita2 dongeng yang dari kecik lagi kita minat dan memang sukaaa sangat! But then, lepas admin bace satu persatu crite2 dongeng yang belum diolah atau digubah oleh Grimm brothers, admin rasa seram sejuk pulak. Cerita asalnya jauh lebih menakutkan daripada ceritanya yang sudah diubah sekarang.
Admin dah cari pasal crite Cinderella. YAng hampir orang di seluruh dunia ni tahu.
Tapi sebenarnya cerita dia macam ni;
CERITA DONGENG CINDERELLA; VERSI SEBENAR
Ayah Cinderella tidak mati tapi ayah dia memang tidak ambil berat pasal anaknya meskipun anaknya didera dengan teruk. Dan selebihnya, macam biasa, cinderella pergi ke istana walaupun mak dia tak benarkan. Cinderell pun menari bersama si putera. Tepat jam 12 malam dia terpaksa pergi.
Si putera mencari Cinderella merata-rata tempat dan satu-satunya petunjuk yang dia ada hanyalah kasut kaca yang Cinderella tinggalkan. Jadi dia perintahkan setiap gadis harus mencuba kasut ini dan sesiapa yang muat, gadis itu akan dikahwininya.
Jadi, inilah bahagian yang telah diolah; ketika rombongan putera sampai di rumah Cinderella, mak tiri Cinderella menyuruh Kakak tiri pertama agar memotong ibu jarinya supaya kasut itu akan muat elok di kaki si kakak tiri pertama. Lalu, putera yang menyangkakan dia sudah berjumpa dengan gadis yang dia cintai, membawa si kakak tiri pulang ke istana. Tapi apabila seekor burung kecil memberi amaran kepada putera tentang kaki kakak tiri pertama yang berdarah, putera sedar yang dia sudah ditipu dan menghantarnya pulang. Kemudian, Ibu Tiri memujuk Kakak Tiri Kedua untuk memotong sedikit bahagian tumitnya supaya kakinya muat dengan kasut. Lalu, si putera membawanya ke istana tetapi sperti kakaknya, Kakak Tiri Kedua di hantar semula. Akhirnya, hanya kaki Cinderella yang benar2 muat dengan kasut itu lalu putera pun mengahwininya.
Belum berakhir lagi, semasa majlis perkahwinan Cinderella dan putera, kakak2 tiri Cinderella datang ke majlis dengan harapan yang mereka dapat tumpang sekaki dengan kesenangan yang telah Cinderella kecapi. Tapi malang untuk kedua-dua kakak tiri, Cinderella telah menyuruh burung-burung merpati supaya menjadikan mencabut bebola mata kedua-dua kaka tiri dan dijadikan hidangan salad. Lalu ditinggalkan kakak2 tiri itu bersendirian dalam keadaan buta untuk sepanjang hidup mereka sebagai balasan kerana kekejaman mereka. THE END
Agak menakutkan kan?
Siapa sangka yang Cinderella sanggup buat semua tu kpda kakak2 tiri dia. Realiti tak perlukan persetujuan daripada kita bak kata Evelyn Rose. Tapi, Grimm Brothers lakukan semua tu sebab crite2 ni akan disampaikan pada budak2 dan kisah berdarah dengan berbalas dendam ni, memang tak elok langsung. Cuba bayangkan, macam mana kalau crite2 dongeng ni tak diubah. Rasanya macam mana sikap kita nanti? Mungkin kita tak dibenarkan langsung untuk membacanya.
So, senang2 bacalah crite tentang kisah2 nabi, kan, kan? Tapi kena berhati2 jugak, takut ada buku2 yang ceritanya sudah terpesong~ Tak pernah jumpa, tapi kena hati2... Kalau camtu, bacalah buku yang seratus peratus betul, Al-Quran. Kita ni, ramai yang dari kecik lagi sudah beragama islam tapi berapa ramai daripda kita yang hanya bukak Al-Quran sebulan sekali jer tu pun kena paksa!
(saje nak tambahkan saham untuk akhirat) ^_^~ Lepas ni, admin citer pulak yang lain2 tu, sampai kat sini jer
~ Assalamualaikum~
cerita ni copy ea?
ReplyDeletex eh, bace pastu olah sndiri.x rock klau copy & paste ni
ReplyDelete